Bismillahirrahmanirahim.
Thanks to Allah for giving me chance to live and forgive me for all wrongdoings.
This past few weeks I had been busy with those walimah, interview things and birthday celebration in Kuala Lumpur. I have been back and forth from Kuantan to KL for about 2 months already. My brother's reception, my another cousins' walimah and etc. Basically I did not get to spend my weekends in Kuantan, you know the things like just sleeping for whole day in the weekdays going to pasar malam at Sg Isap, hang out with my friends and my lazying day has gone now. It's definitely tiring, and I didnt unpack my things because I know next week we will be going to KL again. And what more, I didnt get to do chores and tidy up the house because of tiredness. Well u see, there is a mountain of clothes behind me now. Sigh.
Ok that's not the thing that I want to highlight.
I am sick of people who like to make jokes on others, who always badmouth and mock people, who always love to make fun of everyone, who always say something vulgar, who dont have the slightest empathy in their heart, who feel that they own the world, who treat others like a trash, who dont even think the consequences behind it.
I refer this to the people above.
Kau ada hak ke nak kutuk orang lain? Kau ada hak ke nak 'nerakakan' orang lain? Kau ada hak ke nak mengata dia macam-macam? Kau ingat kau tu maksum sangat? Kau ingat hidup depa seteruk kau? Kau ingat kau kutuk-kutuk orang lain boleh mengubah hidup kau yang teruk tu? Kau hidup ni untuk cari salah orang lepastu kau mengumpat dia kawkaw punya eh?
Aku tak suka tengok page2 politik dekat facebook ni. Group pro-bn dan pro-pembangkang masing-masing duk bertelingkah. Yang satu, post gambar persendakan Dato' Sri Anwar,yang satu lagi upload gambar menyindir isteri PM. Sungguh mata aku sakit sangat baca komen-komen orang yang kononnya 'bijaksana' dalam hal2 macam ni. Aku sedih. Sedih sebab seteruk ni bangsa Malaysia? Seteruk ni kata-kata yang dilemparkan? Allah, pemikiran mereka ni sesempit-sempit yang boleh.
Kenapa gambar PM berselfie pun nk judge bagai? PM, TGNA, DSAI, kau, aku, kita semua manusia. Allah beri kau akal, guna ke jalan yang betul. Teruk sangat aku rasa minda orang Malaysia sampai suka mempersendakan orang lain. Mungkin seronok la, tapi kau boleh jamin ke yang kau takkan merangkak-rangkak cari orang yang pernah kau fitnah dekat padang Mahsyar nanti?
Kepada sang alim, aku mohon, setulusnya mohon supaya tidak terus-menerus menghukum dan menerakakan ahli politik. Mungkin bukan semua bersikap begitu, tapi aku dah jemu melihat post2 atau komen2 dari mereka yang berkopiah, berniqab, bertudung labuh yang asyik menghukum PM. Kau sedar tak yang kau tu melambangkan agama Islam? Rasulullah pun berhati perut dengan puak penentang Islam, bahkan memilih untuk memaafkan mereka yang berbuat jahat kepada baginda. Indah sungguh sifat baginda SAW. Islam sendiri tak ajar dakwah secara memaksa dan melemparkan kata-kata kesat. Jika diri tu betul-betul maksum, baru kau layak nak mengkritik manusia lain.
Hidup ni tak sempurna yang disangka. Jangan ingat mereka yang tidak bertudung, berjambul tu hina. Have you ever felt to be in their shoes? Mungkin kau fikir hidup ahli politik berlandaskan rasuah, makan duit rakyat semata-mata, itu sebab hati kau telah dibutakan oleh hasutan. Minda kau dah bercampur-baur dengan perasaan, emosi dan kebencian kepada politik sampai kau rasa mereka semua salah dan semuanya haram. Open your mind please. Aku pilih untuk bersangka baik terhadap orang lain. Sehingga ada bukti yang kukuh aku takkan menuduh membabi buta, menabur fitnah atas nama mereka.
Aku yakin, sejahat-jahat mereka yang kau fikir, ada sesuatu baik dalam hati mereka. Mungkin akan ada yang kata aku ni tak cakna dengan politik, tak kisah dengan apa terjadi dengan Msia. Hey, nak cakna perihal Malaysia dengan mengutuk2 politicians eh? Aku tak tahu pun ada termaktub dalam buku macam tu. Dulu pun aku suka judge orang. Bila tengok je orang tak pakai tudung, aku terus rasa mereka semua ni teruk, tak sedar diri. Aku pun dulu selalu kutuk2 PM, isteri PM dan seangkatan dengannya, tapi lama kelamaan, aku sedar benda aku buat tu just menambahkan dosa aku je. Aku terus unlike page2 yang lantang merpersendakan dan membuka aib orang lain. Aku rasa diri aku ni baik sangat sampai orang lain pun aku tak bagi peluang nak tunjukkan sifat baik mereka. Naudzubillahiminzalik, semoga Allah mengampunkan dosa aku dan kau, dan berikan cahaya hidayah dalam hati kita semua, hamba yang hina.
Kesian. Kesian kepada mereka yang dipersendakan oleh orang2 yang berhati kotor ni. Aku tak rasa dengan meng-edit gambar PM/ahli politik menunjukkan kepandaian kau, bahkan kebodohan yang terserlah. Sorry to say tapi kau pernah tak fikir kalau ahli keluarga kau yang kene kutuk, lepastu orang lain duk edit gambar kau secara hina? Kau nak rasa apa? Aku dah tengok macam2 gambar PM dan isteri yang di-edit scr melampau oleh golongan yang ignorant ni. Gelak, ye semua duk gelak bila tengok gambar tu, tapi aku bersimpati. Simpati kepada dalang kerana semakin ramai yang menyebarkan gambar berunsurkan keaiban/menghina tu, semakin berlipat kali ganda dosa yang ditanggung. Aku khuatir jika dosa2 ini kau harus merangkak2 mencari orang yang pernah kau hina dulu untuk memohon maaf. Mungkin banyak kesalahan mereka sehingga kau pun boleh nak sebarkan aib mereka yedak? Jangan asyik mengaibkan orang sedangkan aib kita belum tentu boleh dijaga.
Aku risau melihat afal golongan melayu Islam terutamanya yang gian menyebarkan aib orang lain. Aku risau jika aku juga terjebak dalam hal ni. Ya Allah, jauhkan kami daripada membuat dosa tanpa sedar, berikan kami hidayah-Mu, jadikan kami orang yang sentiasa bersangka baik dan sentiasa memajukan diri untuk ummah.
Aku juga berazam untuk memberi peluang kepada mereka yang kononnya dicop 'warga neraka' oleh orang lain. Aku inginkan kehidupan yang bebas daripada prasangka buruk, hidup yang bertelingkah membuka aib manusia, yang sentiasa menghukum orang lain. Aku yakin, Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Aku serahkan semuanya kepada Allah, yang layak untuk menghukum hamba-hamba-Nya. Jika aku terlebih menghukum, seolah-olah aku mencabar kuasa Allah sebab hanya Dia Yang Berkuasa. Aku ni hamba yang hina sangat, cetek ilmunya. Tapi setidak-tidaknya aku tidak menggunakan kecetekan aku ni untuk menghukum manusia lain. Everyone has their own stories, to be shared or not, it depends on them. It may be their life are much closer to Allah, and here we are, keep finding fault in others. Whilst other are moving forward seeking for Him, you keep looking back and go astray.
I insult people, make their life in hell and then hide behind a private account. - Cowardice
No comments:
Post a Comment