Hati ini ada keinginan kan. Semua manusia ada fitrah masing-masing. Fitrah untuk mencintai dan dicintai. Ingin rasa disayangi.. CLICHE. Aku ingatkan hati aku ini tough nan sado gitu, tapi akhirnya benteng aku dah retak, menunggu masa je untuk roboh. Tak, aku tak mahu benteng aku bina selama ini roboh macam tu. Aku belum bersedia untuk dirobohkan, belum bersedia untuk bagi keizinan anasir luar untuk masuk. Aku berusaha untuk baiki balik semua retak yang ada. Aku berusaha untuk touch up balik benteng aku. Aku berusaha untuk simenkan balik lubang-lubang yang ada. Tapi semakin aku simen, semakin banyak bocor. Serius aku nak menangis.
Allah, aku rasa berdosa sebab aku leka sehingga benteng aku semakin retak. Aku lalai dalam memperkukuhkan lagi benteng tu. Aku gagal dalam memproses hati yang sado.
Aku sentap sangat dengan beberapa post di facebook dan whatsapp. Seolah-olah Allah tahu apa yang aku perlukan sekarang. Setiap kali aku berdoa supaya dijauhkan dari hati yg lagha, ditetapkan hati dalam agama. Setiap kali itu juga la aku mendapat jawapan melalui kawan-kawan dan post sentap yang memang aku sendiri berada dalam situasi itu. And for that, terima kasih ya Allah kerana masih kurniakan aku cahaya dan guidance untuk aku.
Mungkin payah untuk aku simenkan balik tapi, everything is possible with His will. insya-Allah. Mungkin aku akan banyak tersungkur dalam proses membaiki benteng aku, mungkin aku akan selalu menangis sendirian, mungkin aku juga terikut-ikut dengan nafsu tapi aku tawakkal je dekat Allah. Aku just minta Allah tolong aku dalam soal hati sebab, hati ni kan Allah yang pegang. Dialah yang membolak-balikkan hati ini.
Aku nak serahkan hati aku kepada Pencipta, bukannya kepada ciptaan-Nya. Biarlah aku kenal Pencipta aku dulu. Aku nak kenal ajal dulu. Ajal lagi dekat daripada jodoh kau tahu? Aku boleh mati bila-bila masa saja tanpa kenal jodoh aku. Aku hanya nak khusyuk dalam mencari Allah..
ya Allah, aku mohon jauhkan aku dari perasaan yang asing dalam diri, Jauhkan aku daripada sesuatu yg boleh melalaikan aku dari mengingati Kau. Teguhkan iman aku, kuatkan benteng aku. Jika aku sudah bersedia, hadirkan dia pada masa yang sesuai. Semoga Allah jaga aku.
Kuat dahlia kuat! Lawan setan sekali dgn kroni2 nafsu tu. Masih banyak lagi kau harus perbaiki.
No comments:
Post a Comment