Aku malu. Aku rasa nak menangis.
Dia muslimah yang berniqah. Baru habis SPM sama macam aku. Aku baca tweet2 dia buat aku sebak. Buat aku rasa malu dgn dia. Baru aku tahu kenapa orang duk kecoh pasal dia. Semua orang tweet pasal dia dan doakan syurga jadi miliknya. Memang dia layak pun untuk didoakan sebegitu.
Dia muslimah solehah. Semua orang sukakan dia dan tweet2 dia memang membina. Sungguh hati dia cintakan Islam dan Allah sahaja. Semua pasal Allah. Allah. dan Allah. Hebatnya dia kerana begitu bertakwa. Orang cakap dia nak jadi doktor, nak pergi Jordan. Niat dia sama dgn aku cuma aku pilih kos dentistry.
Memang betul la orang cakap, seseorang yang baik di dunia, orang lain akan kenang dan selalu doakan dia even selepas dah meninggal dunia. Dia buatkan aku nak jadi macam tu. Aku nak jadi orang yang baik. Aku nak jadi solehah. Aku nak jadi seseorang yg selalu ingatkan kematian. Even aku jauh menyimpang tapi aku harap Allah tarik aku balik ke jalan yang benar. Biarlah dosa2 aku yang dulu tu jadi titik hitam bagi aku. Segala perangai aku yang tak elok jadi sempadan buat aku. Jadi pengajaran. Aku nak minta maaf dkt siapa2 aku pernah buat salah.
Allah, aku tahu jalan ni tak mudah. Kau pasti akan sediakan pelbagai ujian untuk aku. Tapi satu shj aku mohon, kurniakan aku ketabahan, bagi aku kecekalan untuk hadapi semua ni, kuatkan jiwa aku dan redhakan hati aku atas segala yang terjadi. Aku takut aku tersungkur kecewa sampai aku aku jauh dari Kau. Jangan bagi aku jadi macam tu. Jaga aku ya Allah.Ampun dosa-dosa aku ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.