Wednesday, January 15, 2014

Maulud Nabi & birthday Umi


 12 Rabiulawal Tahun Gajah, lahirnya seorang pemimpin agung yang amat dicintai oleh seluruh ummat Islam di dunia tidak kira zaman. Muhammad Bin Abdullah nama diberi, namun penduduk Mekah senang memanggilnya dengan gelaran al-Amin kerana sifatnya yang suka bercakap benar. Berkahwin dgn Saidatina Siti Khadijah binti Khuwailid seorang saudagar yg kaya raya namun terpesona dengan kemuliaan akhlak Rasulullah SAW. Sifatnya yang jujur dalam berniaga, amanah dalam menunaikan tanggungjawab diberi dan tutur bicaranya yang lemah lembut membuatkan Siti Khadijah jatuh cinta dengannya. Sungguh aku tak nafikan, seluruh manusia juga akan terpesona dengan peribadinya yang luhur. Ya Rabb, mana mungkin orang bisa membencinya jika mereka kenal siapa itu rasulku. Malah, orang Barat pun tidak menafikan bahawa nabi Muhammad SAW itu merupakan pemimpin teragung di dunia. Kegigihan yang dipamerkan membuatkan orang menghormatinya, kebijaksanaannya menyebarkan agama Islam memyebabkan Islam menguasai 2/3 dunia pada masa dahulu. Sungguh hebat Muhammadku. Ya, Muhammad itu rasulku. Rasul yang disayangi oleh semua ummat Islam. Allahu.

14/1 juga merupakan hari yang istimewa buat kawan baik, Umi Munirah Binti Mohd Syukri, selamat hari lahir sayang! Semoga dipanjangkan umur dan diberi keberkatan dalam hidup. Semoga awak berada dalam lindungan Allah selalu. Insya-Allah. Nanti hadiah saya bagi time result SPM ok? hehe Disebabkan awak sekarang dah jadi budak universiti nun dekat Perak. Fuyoo kawan aku dah masuk Uni >_< Tak sangka kot. 

Baru je habis borak dalam telefon. Yela free call sempena birthday. Lebih kurang 1 jam 40 minit duration call tu, Rindu sangat. Ni baru 3 hari masuk UTP, macam mana pulak hari2 akan mendatang yer. Dia cakap pasal kehidupan di sana, alhamdulilah ramai yang peramah dan budaya Islam tu ditekankan juga dalam kehidupan sebagai pelajar di sana. Syukur, jaga diri, jaga iman dan jaga Islam tak kira di mana jua insyaAllah. Dia cakap, rakan-rakan dkt sana panggil dia Munirah, kitorang kat sini dah selesa dengan panggilan Umi. Dia happy la kot sebab beberapa kali dah dia suruh panggil dia Munirah tp dah terbiasa dgn Umi nak buat cemana. huhu.

Harini terbaca satu link dari facebook pasal dua orang adik-beradik yang menjadi johan pertandingan hafazan al-Quran peringkat negeri. MasyaAllah terdetik rasa cemburu dalam hati. Untungnya Allah pilih mereka untuk menjadi hafiz dan hafizah. Dada yang penuh dengan ayat-ayat suci al-Quran. Allahu Akbar. Kan bagus kalau seluruh ummat Islam macam ni. *tunduk So, saya berazam nak hafal surah2 lazim tu. 

Sebut pasal hafal surah ni, teringat pulak masa form 1,2,3 ada kelas Tilawah al-Quran. Kene hafal lebih kurg 7, 8 surah gitula. Surah yang agak panjang. Yela kitorang ni bukannya sekolah agama, cuma ambil subjek lebih untuk PMR, iaitu Bahasa Arab. Surah yang first sekali saya hafal ialah surah As-Sajadah. Sejak dari tu, tu la surah feveret saya sebab saya rasa bangga dan happy sangat2 dapat hafal ayat-ayat cinta Allah. Mula-mula rasa mustahil sebab surah tu agak panjang bagi saya, tapi berkat usaha selalu tasmi' dengan ustazah dan kawan2 alhamdulilah berjaya. Sampai sekarang kalau surah As-Sajadah berkumandang di corong radio, konfem ikut sekali. Cuma semakin hari semakin tersekat2. So I want to, am going to spend my holiday wisely insyaAllah :)

Minggu lepas pergi sekolah, saja duk lawat2 cikgu dan juniors. Sebak. Rasa nak menangis. Rindu sangat dekat sekolah. Kalau boleh undurkan masa, memang saya akan enjoy puas2 kehidupan pelajar sekolah. Menjadi seorang exco pengawas, uruskan kegiatan dekat sekolah, tolong-tolong cikgu.. Tu kenangan yang memang tak dapat dilupakan. 

Paling best sekali time dalam kelas. Belajar bersama-sama dan buat bising dalam kelas hehe sampai cikgu pun naik pening tengok perangai kitorang yang especially kaum hawa yang mendominasi 3/4 kelas tu. Kesian kan 7 orang kaum adam yang senyap macam tunggul tu. hehe Kitorang pun dengan seronoknya buli dorang. haha Tapi semua tu dah jadi kenangan. So saya nak simpan baik-baik kenangan ni. Semat dalam hati muka-muka classmates yang tercinta ni :)

 p/s : selawat ke atas nabi digalakkan tapi jangan la selawat masa maulud je lepastu entah ke mana. Ayuh amalkan di mana jua tak kira masa. Sekali kita selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad, 10 kali Allah balas selawat kepada kita. 

No comments:

Post a Comment